http://downloads.totallyfreecursors.com/thumbnails/bullseye-ani.gif

Kamis, 13 Oktober 2011

sejarah piramida mesir

ini contoh foto nya gan.~






GO TO TKP..


Kedudukan Ahram atau piramid yang terletak di Giza merupakan kawasan perkuburan Firaun di zaman dahulu. Ia merupakan salah satu tujuh binaan ajaib di dunia yang menjadi tumpuan para pelancong. Di kawasan ini terdapat tiga buah piramid utama dan juga Sphinx (Abu Houl) yang berkepala manusia bertubuh singa.

Jika diperhatikan kawasan ini, jelas akan dapat dilihat terdapat satu pelantar atau dataran seluas 2000 meter persegi yang terletak di kawasan ini dalam keadaan tribunal. Bayang-bayang 3 buah piramid ini tidak mengenai satu sama lain. Piramid yang terbesar ialah Cheops, kemudian Chephren dan Micerines. Terdapat juga tiga piramid kecil bersebelahan ketiga-tiga piramid tadi seakan patung berhala bagi piramid-piramid utama tersebut.

Menurut Herodotus, Cheops dan seluruh pemerintah Mesir telah menjadikan hamba abdi sebagai tenaga buruh untuk mengangkut blok-blok batu dari kuari di bawah bukit ke sungai Nil di Aswan. Batu-batu tersebut diangkut menggunakan sampan untuk menyeberangi sungai Nil. Seramai 100 000 tenaga lelaki dikerah melaksanakan tugas ini termasuk kerja-kerja pemecahan batu, pengangkutan, pengukiran, dan sebagainya. Selama 10 tahun telah diperuntukkan untuk projek ini diselesaikan.

Sebanyak 100 000 biji batu telah diangkut setahun atau 273 biji sehari yang jaraknya 1000 km dari Aswan ke Kaherah dengan menggunakan perahu. Menurut pendapat Herodotus dalam kerja penyusunan batu piramid ini, kren pengangkut dibuat di setiap tingkat untuk membawa bongkah batu ke tempatnya. Kren ini dperbuat daripada kayu balak. Menurutnya juga, sebanyak 41,884kg perak dibelanjakan untuk makanan pekerja dan buruh binaan.

Pembinaan memakan masa suku abad dan terpaksa diberhentikan sementara akibat banjir besar sungai Nil. Piramid ini terdiri daripada 2.3 juta batu dan setiap bongkahan batu seberat 2.5 - 5 tan. Berat piramid Cheops pula dianggarkan sekitar 2.3 juta tan hingga 11.5 juta tan. ketinggian asalnya pula adalah 146 meter namun akibat proses luluhawa dan gempa bumi ia terhakis sehingga 137 meter.

Ketinggian ini menyamai piramid Chephren (sederhana) yang tidak terhakis teruk di mana bahagian atasnya masih utuh. Piramid Mecerines pula merupakan piramid yang paling kecil dengan memiliki ketinggian 68 meter dan terletak jauh dari kedua- dua piramid utama ini.

1) Asal usul piramid dibina daripada batu padu sebagai makam raja firaun.

2) Bangunan berbentuk piramid ini merupakan kebudayaan silam dan paliang banyak dibina di Mesir.

3) Raja zoser (2650 sm) merupakan raja pertama yg memiliki piramidnya sendiri.Piramid pertama ini dibina oleh arkitek imhotep pada zaman kerajaan lama.

4) Org-org nubia iaitu penduduk di selatan mesir cukup suka membuat piramid kecil.piramid ini dibina lebih curam dan merupakan sebuah tugu untuk raja.Bukannya makam seperti org-org Mesir.

5) Piramid Nunia dibina sehingga 300S.M.
6) Piramid bertingkat pula dibina oleh orang-orang babylon.

7) Piramid yang dibina di mesopotamia pula lebih dikenali sebagai Ziggurat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar